Monday, 14 May 2012

PERANCANGAN MENU & PENYAJIAN HIDANGAN


           4.1 Perancangan menu
1.        Menu adalah satu hidangan yang lengkap untuk sesuatu sajian.
2.      Tujuan merancang sesuatu menu ialah :
o   Mengenal pasti hidangan seimbang dan pelbagai disediakan.
o   Mengawal kos perbelanjaan supaya tidak berlaku pembaziran.
o    
               4.1.1  Faktor-faktor Penting dalam Perancangan Menu
     Keseimbangan Kandungan Nutrient
1.        Untuk memperoleh kesihatan yang baik, setiap menu yang dirancang harus mempunyai kandungan nutrient yang cukup dengan kadar yang sesuai.
                                     
2.      Semua menu yang dihidang mesti mengandungi jenis nutrient yang berikut:
a)     Karbohidrat
b)     Protein
c)      Garam mineral
d)     Lemak
e)     Vitamin
     Keperluan Fizikal
1.        Keperluan zat makanan bagi setiap individu adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor berikut:
a)     Umur
b)     Tahap kesihatan
c)      Saiz badan
d)     Jenis pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan
2.      Seorang kanak-kanak memerlukan lebih makanan yang berfungsi untuk pembina tubuh badan berbanding orang dewasa.
3.       Hidangan menu yang kurang berminyak sesuai untuk seorang pesakit.
4.      Manakala orang yang aktif memerlukan lebih makanan pemberi tenaga dan haba seperti nasi, roti, mentega dan keju.


      Kegemaran Individu
1.        Semasa perancangan menu, makanan kegemaran setiap ahli keluarga perlu diambil kira. Ini adalah individu yang berlainan dalam sesebuah keluarga mempunyai makanan kegemaran yang berbeza.
2.      Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan bagi hidangan yang disajikan termasuk jenis makanan, kaedah memasak, rasa, dan tekstur makanan.

       Masa dan Perbelanjaan
1.        Masa dan kos yang diperlukan untuk menyediakan sesuatu hidangan mesti diambil kira semasa merancang menu supaya tidak berlaku pembaziran.
2.      Hidangan harian seperti sarapan haruslah memilih menu yang mudah dan cepat disediakan.

                   Keseimbangan Sajian
1.        Keseimbangan sajian ialah hidangan yang mempunyai variasi dan keseimbangan dari segi warna, teksur, rasa, bahan makanan, dan kaedah memasak.
2.      Sesuatu sajian yang seimbang dapat menambah selera makan pengguna.
3.       Sesuatu sajian yang seimbang perlulah mengambil kira daripada pelbagai aspek, iaitu:
a)     Warna yang berlainan
b)     Rasa yang pelbagai seperti masam, manis, pedas, dan masin
c)      Tekstur seperti lembut, rangup, atau garing
d)     Kaedah memasak yang berbeza seperti menggoreng, mengukus atau merebus
                               
4.2 Penyediaan dan Penyajian Hidangan
4.2.1 Hidangan Sepinggan Lengkap
1.        Hidangan sepinggan lengkap merupakan satu hidangan yang seimbang dari segi   kandungan zat dan nutrient.
2.      Nutrient seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin, dan garam galian terdapat dalam satu hidangan dalam kadar yang berpatutan.
3.       Biasanya hidangan ini disediakan dalam satu pinggan atau satu pinggan dan satu mangkuk. Contohnya, nasi ayam di mana nasinya dihidang dalam pinggan dan kuahnya pula dalam mangkuk yang berasingan.
4.      Hidangan sepinggan lengkap boleh dihidang sebagai hidangan utama atau hidangan sampingan.
5.      Kelebihan hidangan ini ialah:
·         Mempunyai khasiat yang mencukupi
·         Mudah disedia dan dimasak
·         Menjimatkan masa dan tenaga
·         Boleh dihidang secara perenggu meja atau berpek.
         Cara Timur
       Cara Barat
Mengikut Budaya Setempat
·         Nasi Lemak
·         Nasi Goreng
·         Mihun Sup
·         Kuetiau Sup
·         Mi Sup
·         Burger
·         Pizza
·         Spageti
·         Makaroni
·         Sandwic
·         Lontong
·         Bubur Nasi
·         Nasi Kerabu
·         Laksa Johor
·         Soto Ayam
                                          Contoh Hidangan Sepinggan Lengkap

   
1.        Hidangan sepinggan lengkap boleh dibahagikan mengikut:
a)     Cara barat
b)     Cara timur
c)      Budaya setempat

2.      Hidangan Sepinggan Lengkap Cara Timur
a)      Hidangan ini sangat popular di kalangan masyarakat di negara kita. Hidangan seperti nasi lemak, mi goring, mihun goring yang sentiasa dihidang sebagai sarapan atau bekalan ke sekolah, pejabat atau semasa berkelah.
b)     Hidangan sepinggan lengkap cara timur ini boleh dimasak dengan kaedah menggoreng ( mi goreng, mihun goreng, nasi goreng) dan merebus ( mi sup, mi kari).
c)      Beras adalah makanan ruji orang timur. Sumber utama hidangan ini ialah hasil makanan beras.
d)     Bahan rempah yang biasa diguna untuk memasak hidangan ini ialah cili, lada sulah, kunyit, serai, bawang, buah pelaga, dan jintan manis.
e)     Daging, udang, sotong, telur dan sayur-sayuran dimasukkan supaya hidangan ini menjadi satu hidangan lengkap.

Nasi Lemak

                                      

Nasi Goreng


Nasi Ayam

3. Hidangan Sepinggan Lengkap Cara Barat
a)     Budaya makan kita banyak dipengaruhi oleh cara barat. Kedai-kedai seperti Pizza Hut, Burger King, Mc Donald, Domino, dan Shakey’s Pizza banyak menghidangkan hidangan sepinggan lengkap cara barat.
b)     Sumber utama hidangan ini ialah tepung gandum, mentega, sos tomato, keju, susu, telur dan mayonis.
c)      Untuk menambahkan khasiatnya, daging, udang, sotong, telur, dan sosej digunakan dalam hidangannya.
d)     Hidangan ini amat popular di kalangan pemuda-pemudi)     Contoh hidangan sepinggan lengkap cara barat ialah burger, pizza, sanwic, 
       spageti, ,  dan makaroni.

Burger


Makaroni

                               Spageti                                                        

4.Hidangan Sepinggan Lengkap Mengikut Budaya Tempatan
a)     Negara kita kaya dengan budaya makanan yang berlainan. Setiap negeri mempunyai makanan keistimewaannya. Contohnya, negeri Johor terkenal dengan lontong dan laksa Johor, negeri Kelantan pula popular dengan nasi kerabu.
b)     Hidangan ini banyak menggunakan rempah-rempah seperti kulit kayu manis, jintan manis, jintan putih, kunyit, ketumbar, buah pelaga, dan buah pala.
c)      Kaedah memasak yang biasa digunakan ialah mengoreng, merebus, merendidih dan mengukus.
d)     Contoh hidangan ini adalah seperti nasi kerabu, lontong, nasi dagang, nasi bubur, laksa Johor, dan nasi ulam.




Lontong


Nasi Kerabu

Nasi Dagang

  

 

 

                 

No comments:

Post a Comment