1. Jenis pasu yang dipilih akan menentukan perkembangan pertumbuhan pokok, penjagaan yang perlu diberi dan kecantikan keseluruhannya.
2. Faktor pemilihan bekas pemasuan semula :
(a) Saiz pasu
- Saiz pasu bergantung kepada saiz tanaman yang hendak dipasu semula.
- Pemilihan saiz pasu penting kerana ia dapat menggalakkan pertumbuhan tanaman dengan sempurna.
- Pasu yang ringan adalah lebih mudah dialihkan berbanding pasu yang berat.
- Sekiranya, tanaman yang hendak ditanam tinggi dan besar, maka pasu yang berat adalah lebih sesuai digunakan supaya tanaman tidak mudah terbalik.
- Kebanyakkan pasu mempunyai lubang saliran.
- Lubang saliran dapat mengalirkan keluar air yang berlebihan daripada pasu.
- Pasu direka dengan pelbagai bentuk mengikut kreativiti, kesesuaian lokasi, harga dan saiz tumbuhan.
pasu plastik, bekas logam, dan bekas kayu atau papan.
4. Pasu tanah liat
- Terdapat dua jenis pasu yang diperbuat daripada tanah liat, iaitu pasu yang berkilau dan tidak berkilau.
- Pasu tanah liat yang berkilau adalah lebih cantik dan menarik.
- Pasu tanah liat yang tidak berkilat adalah lebih baik kerana ia mempunyai dinding poros yang membenarkan pertukaran udara dan gas antara medium penanaman dengan atmosfera. Selain itu, ia juga membolehkan pengeluaran air yang berlebihan di dalam pasu.
- Kelebihannya adalah mempunyai warna dan bentuk semulajadi, dan tidak mudah menyimpan haba, maka ia lebih sejuk untuk pertumbuhan tanaman
- Kelemahannya adalah agak berat, mudah pecah dan mudah kotor dan senang ditumbuhi dengan lumut.
![]() |
Pasu tanah liat |
- Pasu ini diperbuat daripada plastik. Ia adalah lebih ringan berbanding dengan pasu tanah liat.
- Pasu plastik tidak mempunyai liang di dinding pasu, maka ia boleh menyimpan kelembapan lebih lama.
- Tumbuhan yang ditanam dalam pasu plastik tidak perlu disiram dengan lebih kerap.
- Kelebihannya adalah lebih ringan, mudah dicuci, dan tidak mudah pecah.
- Kelemahannya adalah lebih mahal, tidak tahan lasak dan warnanya mudah pudar.
![]() |
Pasu Plastik |
- Bekas ini tidak menyimpan haba, maka ia sangat sesuai untuk pertumbuhan tanaman.
- Kelemahan utama bekas jenis ini adalah ia berat, mudah reput, dan mudah diserang anai-anai jika papannya tidak diawet dengan betul.
![]() |
Pasu kayu |